Ad Code

Minum Kopi Ais Normal Di Kopi Ais Mamu Ikat Tepi Jalan Kebun Shah Alam

Budaya minum air dalam plastik ikat tepi dan diletakkan di dalam mangkuk bukan lagi suatu yang unik.

Kopi Mamu Normal Ikat Tepi Jalan Kebun Selangor
Kopi Mamu Normal Ikat Tepi Jalan Kebun Selangor


Bahkan ia sudah menjadi satu kemestian di kedai-kedai makan. Mudah, jika tidak habis ketika 'dine in' di kedai boleh bawa balik.


Kopi Ais Mamu Ikat Tepi Jalan Kebun

Demi mencari kelainan dan kebiasaan yang mana menggunakan bekas plastik separa lutsinar yang memiliki garis-garis untuk cengkaman. Penulis berjaya menemui satu kedai air kopi tepi jalan yang agak menerapkan konsep ikat tepi tanpa menggunakan gelas untuk isian kopi mereka.

Kedai ini dinamakan Kedai Kopi Ais Mamu Ikat Tepi.

Menu Kopi Ais Mamu Jalan Kebun
Menu Kopi Ais Mamu Jalan Kebun


Pelanggan akan diberikan satu kopi ais dalam plastik minuman dengan ikatan pada tepi. Tiada lagi gelas plastik untuk kopi tepi jalan ini. Inilah 'signature' yang cuba disampaikan oleh salah satu kedai kopi tepi jalan yang menjual pelbagai jenis kopi yang ada dalam menunya.

Kopi Ais Normal Ikat Tepi

Seperti biasa penulis akan mencuba menu hidangan yang asli (original) untuk mencuba. Penulis memilih Kopi Ais Mamu Normal dalam kondisi ikat tepi.

Kopi Mamu Original Ikat Tepi
Kopi Mamu Original Ikat Tepi


Dari impresi awal, dari segi warnanya ia agak keruh dan memiliki tona warna seakan kopi 'mocha', terdetik seketika adakah penulis tersilap pesan, ternyata betullah kopi ais regular sebegini.

Aroma dan Bau

Bau yang ada uniknya tersendiri, agak berbeza dengan bau kopi tepi jalan lain. Baunya agak kuat dan boleh dibayangkan rasanya.

Rasa Kopi Ais Mamu

Dari segi rasa agak sedap dan unik. Bak kata arwah Hamid Gurkha, "kalau tak pahit, bukan kopi namanya".

Memang penulis suka akan kopi yang pahit pahit kelat, kerana secara teorinya benda yang dibakar pastinya pahit. Untuk kopi ini rasanya pahit tidak begitu pahit, seperti yang penulis ceritakan tadi ia pahit kelat. 

Namun (dibaca panjang), akhirnya ia terdapat rasa manis dihujungnya. Tekstur rasanya tidak begitu kuat atau lembut, sedang sedang. Pekat yang tidak memerlukan pernambahan air kosong untuk bilasan.

Harga Kopi Ais Normal Mamu Ikat Tepi

Dari segi harga pula, dari kopi tepi jalan yang pernah penulis cuba ia dalam radar harga standard iaitu RM4 untuk kopi normal. Dengan penambahan sedikit 'topping' atau 'add on' akan ada sedikit penamabahan harga.

Untuk RM4 dengan porsi ikat tepi mungkin agak mahal, dimana penulis boleh sahaja dapatkan nescafe ais dengan porsi tersebut dengan harga RM2.

Namun (didengungkan), untuk rasa ia masih berbaloi.

Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun Klang bersebelahan dengan warung kuih muih. Lebih tepat di Jalan Batu 7 Jalan Kebun Shah Alam.

Kopi Ais Mamu Ikat Tepi Jalan Kebun,

Jalan Kampung Batu 7, 

Jalan kebun, 

40460 Shah Alam, 

Selangor

Harga Makanan/Minuman

Kopi Ais Normal : RM4

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari (tertakluk kepada perubahan)

Cara Bayaran

Tunai

DuitNow QR Kod

Bank Transfer


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. hahahaha...pandai la bro goreng artikel ini....jadi hidup dan menarik la pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Goreng sekadar mampu..mahu berpuitis risau pula ada yang terlena..tapi terlena boleh pekena kopi hehehe

      Padam
  2. Memang ikat tepi ini yg buat menarik 😄. Sejak tahu cara penyajian kopi atau Ais Milo di sana pakai metode ikat tepi, tiap ke Malaysia saya selalu cari minuman ikat tepi begini 😍😄. Apalagi Milo Ais atau teh tarik 👍😍.

    Semoga bisa merasakan kopi Ais mamu ini lah nanti 👍

    BalasPadam
  3. Sudah jadi trend di Malaysia walaupun bukan bawa balik, letak minuman dalam plastik ikat tepi letak dalam bekas/mangkuk.

    kopi jalanan agak enak juga kalau mahu banding dengan yang mewah mewah

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. kopi mamu ni dah banyak cawangan...cer try google maps mana tahu berdekatan hehe

      Padam