Ad Code

Nasi Goreng Chicken Chop Murah Achamm Jalan Kebun Selangor

Sudah agak lama bertapak di Jalan Kebun Shah Alam (Seksyen 32). Antara salah satu kedai makan yang menyediakan makanan ala barat atau western food agak murah harganya.

Nasi Goreng Chicken Chop Achamm Jalan Kebun
Nasi Goreng Chicken Chop Achamm Jalan Kebun


Kedai makan yang penulis maksudkan ini adalah Achamm Jalan Kebun.

Kedai makan yang menyediakan makanan ala barat seperti chicken chop, chicken grill, pasta dan menu hidangan ala barat alternatif dengan cara tersendiri.


Nasi Goreng Chicken Chop Achamm

Salah satu makanan ala western yang penulis berjaya masukkan ke dalam tangki perut penulis kali ini adalah nasi goreng chicken chop.

Nasi Goreng Chicken Chop Kondimen
Nasi Goreng Chicken Chop Kondimen


Satu hidangan alternatif dan inovasi dari kedai ini dimana satu menu hidangan dengan gabungan dua menu iaitu nasi goreng dan chicken chop.

Nasi Goreng

Dengan warna menunjukkan bahawa ia adalah hasil gaulan dan kacauan dengan sos bewarna merah. Apa yang pasti impresi pertama warnanya adalah merah jambu. Sepertimana warna nasi tomato.

Nasi Goreng Achamm
Nasi Goreng Achamm


Tidak begitu banyak kondimen dalam nasi goreng ini, nasi dan sedikit perasa tambahan. Lauk mungkin beberapa ketul ayam yang dipotong dadu permainan ular dan tangga.

Porsi nasi goreng ini agak sederhana banyak, mampu memberikan kekenyangan dengan porsi tersebut namun mungkin tidak begitu lama kenyangnya, ringkas kata, sedan-sedan sahaja porsinya.

Rasanya cukup biasa, dan penampilan warna gaulan sos memang kena dengan rasanya. Manis, masam sos tomato dan rasa yang agak biasa. Sekadar nasi putih yang ditumis bawang dan digaul bersama beberapa sos cili dan sos tomato.

Chicken Chop

Agak familiar warna dan tekstur pada impresi pertama chicken chop Acham Jalan Kebun ini. 

Chicken Chop Achamm
Chicken Chop Achamm


Dengan warna oren yang biasa dilihat pada naget ayam oren yang biasa ditemui di tepi jalan biasanya di tepian pantai di jual.

Sekeping chicken chop bewarna oren ini dipotong seumpama jejari. Tidaklah begitu besar porsinya namun boleh menjadi lauk untuk nasi goreng.

Rasanya memang sudah dijangka dari penampilannya. Agak kering dan berminyak sedikit. 

Pastinya ia adalah chicken chop yang datangnya dari paket dan hanya digoreng. Bukan dari resepi tersendiri.

Oren, kering, berminyak dan agak keras itulah chicken chop tersebut.

Sos Lada Hitam

Semangkuk sos yang bewarna tipikal sos lada hitam yang dilihat. Teksturnya agak pekat dan agak menyelerakan dari impresi tekstur dan warnanya.

Sos Lada Hitam Achamm
Sos Lada Hitam Achamm


Alhamdulillah, rasanya agak sedap, dan boleh dimakan seterusnya berjaya menakluki semula selera walaupun nasi goreng dan chicken chop yang tidak begitu memenangi selera penulis.

Terima kasih untuk sos lada hitam ini kerana berjaya menyelamatkan kondimen lain dalam menu ini.

Sup Kosong dan Keropok 'Moni'

Terima kasih untuk kondimen pelengkap ini. Walaupun dengan kapasiti MSG yang agak kuat namun ia membolehkan makanan melalui esofagus dengan cemerlang.

Apalagi dengan keropok ala moni yang memberikan kegembiraan dalam keranggupan.

Ulasan Penulis

Secara jujurnya ia bukanlah hidangan nasi goreng chicken chop yang terbaik pernah penulis cuba. Dengan penyediaan yang agak minimalis dan terpaling ringkas.

Penulis beranggapan cara penyediakan dengan lapik kertas minyak sebagai alas hanyalah sebuah penyediaan dan rasa hidangan yang terbaik, namun penulis agak kecewa sebenarnya.

Nasi goreng chicken chop Acham ini untuk kenyang insha Allah boleh, namun untuk dinikmati secara bintang michelin penulis andaikan ia gagal memasuki pencalonan.

Namun, harganya cukup murah. Mahu menikmati nasi goreng chicken chop harga bawah RM10. 

Inilah hidangan untuk anda.

Rating : 2.5/5.0

Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Terletak di simpang empat, dan berhampiran sebuah tadika.Google Maps dan Waze boleh membantu.

Achamm Chicken Chop, 

Lot 4022, jalan kebun

Kampung Jln Kebun, 

40460 Shah Alam, Selangor

Harga Makanan

Nasi Goreng Chicken Chop : RM7.50

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa bermula jam 4 petang hingga 11 malam.

Kemudahan/Fasiliti

Kerusi Baby

Tandas Awam

Surau

Cara Bayaran

Tunai

QR Duitnow

Paywave

Penghantaran Makanan

Foodpanda

Grabfood

Shopeefood/Bekal

Misi Rakyat

Hubungi

0192658229

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Ulasan yang jujur dan baik....pertama kali dengar nasi goreng dengan chicken chop

    BalasPadam