Ad Code

Ulasan Nasi Lemak Ayam Goreng Spicy Marrybrown Jenjarom Banting

Dianggap sebagai sebuah kedai makanan segera yang mampu menyaingi rapat walaupun tidak akan berjaya menghapuskan kedai makanan segera yang pro-amerika dalam bantuan terhadap zionis, ia masih lagi menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Nasi Lemak Ayam Goreng Marrybrown
Nasi Lemak Ayam Goreng Marrybrown


Restoran makanan yang penulis maksudkan disini adalah Marrybrown Malaysia.

Dengan tema makanan segera yang menyediakan menu yang agak sama dengan restoran makanan segera pakcik lepasan tentera dari Kentucky, banyak juga menu ayam yang dalam liga mereka sendiri.


Dengan katanya dengan resepi rahsia sejak 1981, Marrybrown agak menyaingi pesaing luarya. 

Apalagi apabila terdapat menu lokal yang apabila dilihat pada senarai menu mungkin mampu menarik mata pelanggan lokal untuk mencuba.

Menu Lokal Di Marrybrown

Jika tipikal restoran makanan segera dengan tema ayam goreng tepung, nasi ayam ala-ala chicken chop adalah menunya. Akan tetapi demi satu menu lokal yang mungkin menjadikan keunikan Marrybrown dalam versi makanan berat, nasi lemak Marrybrown dipertaruhkan di dalam menu Marrybrown.

Penulis telah berjaya mencuba nasi lemak Marrybrown buat pertama kalinya di sebuah cawangan Marrybrown di Jenjarom Banting. Boleh sahaja bawa pulang atau buat pesanan aplikasi penghantaran, namun, suasana makan nasi lemak dengan ayam berempah Marrybrown dengan ayunan buaian satu lagi tema unik.

Porsi Nasi Lemak Marrybrown

Dari segi porsi (portion) dalam bekas kadbod lipat dengan logo Marrybrown tidaklah begitu banyak komposisinya. Namun, sekali imbas dapat dipastikan ia dapat dikenal sebagai menu nasi lemak.

Kondimen Dalam Nasi Lemak Marrybrown


Antara kondimen nasi lemak ayam Marrybrown adalah;

1. Semangkuk kecil nasi 

2. Seketul ayam goreng Marrybrown

3. Sambal

4. Papadom (kedai mamak)

5. Kacang, ikan bilis dan Timun

Ulasan Menu Hidangan

Nasi Lemak

Didatangkan dalam bentuk tekapan mangkuk bersaiz kecil pada awalnya kelihatan agak melekat seperti pulut, kerana tekstur nasinya agak lembik pada impresi pertama dilihat.

Nasi Lemak
Nasi Lemak 


Apabila mula menyuapkan penulis beranggapan akan merasai aroma daun pandan dan sedikit lemak dari santan sebagaimana nasi lemak kontemporari yang lain, namun kedua kondimen asas ini gagal dikesan.

Melainkan, bau dan rasa halia yang cukup kuat dan keadaan nasi yang agak menuju ke arah terbentuknya nasi himpit. Ya, tiada sebarang rasa pandan dan lemak santan ditemui. Boleh dikatakan ini adalah nasi halia.

Sambal Nasi Lemak

Dalam banyak-banyak kondimen dalam set menu hidangan nasi lemak ayam Marrybrown, apa yang menjadi watak protagonis adalah sambalnya, padu sambalnya maka set nasi lemak ini menjadi dan sebaliknya.

Sambal Nasi Lemak Marrybrown
Sambal Nasi Lemak Marrybrown


Dari impresi pertama warnanya memang gelap, pekat dan dalam senang diri untuk memberikan 'kejahatan' kepada perasanya. Walaupun tidak begitu banyak, namun, warna merah kehitamannya agak memanggil untuk dicuba.

Uhhh! Pekat dan penuh aroma apabila mula dicuba. Kepedasan mula membiak di dalam mulut tidak secara drastik, namun perlahan-lahan secara 'exponential' dalam istilah mereka yang belajar statistik. Agak kaya dengan perisa sambalnya tambah pula kepedasan yang agak boleh dikatakan pedas sedap.

Namun, 'kekayaan' rasanya adalah hasil belacan yang agak kuat dalam sambal ini, penulis agak khuatir kepada mereka yang alergi belacan dan pengidap resdung yang mungkin boleh menyebabkan kesan alergi dari belacan yang agak banyak.

Ayam Goreng Marrybrown

Sebagai lauk satu bahagian bersaiz tapak tangan anak kecil dua tahun diberikan dalam set nasi lemak ayam Marry brown penulis kali ini. Bahagian isi sebagai lauknya.

Ayam Goreng Spicy Marrybrown
Ayam Goreng Spicy Marrybrown


Bagi penulis saiz ini agak besar berbanding set ratah ayam Marrybrown lain.Maaf cakap kerana walaupun sejak 1981 resepi rahsia Marrybrown, impresi ayamnya tidaklah begitu menari seperti pesainganya walaupun dalam kategori sama iaitu spicy.

Kulit yang agak gelap seperti baharu sahaja pulang dari berjemur di pantai dan melalui hutan Borneo sebelum sampai di pinggan. Kering dan kusut masai kelihatannya.

Dari segi rasa, masih boleh diterima lembut isinya dan kulitnya adalah sedikit rasa perapan menu sejak 1981 mereka kalau mahu dibandingkan dengan hasil perapan sendiri dengan serbuk serbaguna kedai dua ringgit.

Ikan Bilis Goreng, Kacang dan Timun

Dua kondimen watak sampingan dalam menu nasi lemak Marrybrown. Tidak pasti hanya di cawangan Jenjarom atau memang semua cawangan dalam versi ini.

Penulis mungkin boleh sarankan terdapat satu organisasi perlu dibentuk untuk penternakan ikan bilis secara mampan. Kehadiran ikan bilis dalam menu ini teramat mengecewakan, walaupun kuning warnanya namun populasinya gagal hadir untuk dirasai.

Kacang ? Sekadar ada. Timu pula. Mudah diperoleh di rumah-rumah yang sering memasak.

Papadom

Ada sebab kedai mamak meletakkan papadom dalam plastik. Risau papadom masuk angin. Namun walaupun disediakan cepat kerana makan di restoran. Papadomnya lemau dan seumpama anda memamah kulit buku latihan bewarna kelabu yang biasa dilihat.

Ulasan Keseluruhan

Jika tidak kerana belacan yang agak banyak mungkin sambalnya tidaklah begitu sedap. Namun, bagi penghidap belacan alergi pasti akan memberikan ulasan yang cukup negatif kerana boleh menyebabkan kesakitan kerongkong keesokan harinya.

Perkataan 'lemak' dalam nasinya tidak sampai. Aroma pandan dan santan tiada dalam nasinya. 

Penulis boleh andaikan bahawa ia lebih menjurus ke arah nasi aroma halia.Ayam yang diberikan agak besar saiznya. Namun, perapan tipikal Marrybrown yang agak jauh dari pesaing luar negara mereka.

Dengan harga yang agak 'segera', menu ini tidak berpatutan dengan harganya.

Rating: 3.0/5.0

Informasi Pelanggan

Lokasi Restoran

Jika tiada internet, lokasi Marrybrown Jenjarom ini terletak di antara Lotus Jenjarom dan Econsave Jenjarom. Terletak di penjuru rumah kedai yang memudahkan mata memandang.

Google Maps dan Waze boleh membantu.

Marryborwn Jenjarom

59, Jalan 2/1, 

Kampung Jenjarom, 

42600 Jenjarom, Selangor

Harga Makanan

Nasi Lemak Ayam Goreng Marrybrown : RM15.90 (combo) dengan Air

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari  bermula jam 10 pagi hingga 10 malam

Kemudahan/Fasiliti

Kerusi Baby

Tandas Awam

Cara Bayaran

Tunai

QR Duitnow

Paywave

Penghantaran Makanan

Foodpanda

Grabfood

Shopeefood/Bekal

Misi Rakyat

Hubungi

0331917975


Catat Ulasan

1 Ulasan