Apabila bercerita mengenai mi celup pasti penulis akan membayangkan warna kuah yang gelap dengan aroma minyak bijan. Rasa sos ikan Thai dengan keranggupan sayur kangkung dan kadang kadang hadirnya kacang tanah.
Mi Celup Selero Klate Kafe |
Bagi yang belum pernah merasai makanan sup berkuah dari pantai timur dengan tema aslinya dari Thailand, mi atau bihun atau kue teaw celup boleh diletakkan dalam senarai menu pencinta makanan berkuah dan sup dengan citarasa siam.
Banyak sahaja mi celup (biasanya penulis mendapatkan mi segera siam sebagai karbohidrat utama) yang ada di sekitar lembah klang, tidak kira dari air tangan asal orang Thai, menu dari pantai timur atau ada juga yang tidak berdarah siam dan dari pantai timur menyediakan menu celup berkuah ini.
Namun, setakat ini terdapat satu kedai makan yang menyediakan mi celup yang boleh menyebabkan penulis akan sentiasa mengunjungi kedai makan ini untuk mendapatkan mi celup.
Impresi Mi Celup Selero Klate Kafe
Dari impresi pertamanya memang jelas akan identiti mi celupnya. Dengan kuah bewarna gelap menghampiri kehitaman, dengan kelihatan sayur kangkung dengan limau kasturi yang dikerat dua.
Kondimen Dalam Mi Celup |
Apabila diceduk bahagian dasar mangkuk dan kautnya ke bahagian atas kelihatan mi (atau lain lain kondimen mi) akan menonjolkan diri. Apalagi apabila ia disediakan dalam keadaan yang masih berwap panas, maka terbit aroma yang tipikal bagai penggemar mi celup.
Kondimen Dalam Mi Celup
Kali ini penulis meminta mi segera siam paket merah (jenama Serda) untuk mi celup kali ini. Porsinya adalah sepaket mi segera tersebut.
Porsi Mi Segera Dalam Mi Celup |
Kuah dalam porsi 3/4 memenuhi ruangan dalam mangkuk bersaiz tipikal makanan bersup. Terlihat kehadiran lauk seperti hirisan daging, bebola daging, hirisan ayam yang telah siap direbus.
Sayur kangkung yang tercelur dek kepanasan kuah, dengan sedikit racikan sengkuang dan taburan kacang tanah sebagai kondimen tambahan dalam versi keranggupan.
Rasa Mi Celup Selero Klate Kafe
Watak utama dalam menu mi celup adalah kuahnya. Apabila 'base' sup ini adalah dari air rebusan ayam, daging atau rebusan air tulang lagi memberikan kesan terhadap kuahnya.
Penulis mendapati dalam kuah ini terdapat kriteria sebegini. Bukan sekadar air biasa yang dimasukkan kicap dan ajinomoto semata-mata.
Kuahnya walaupun kelihatan tidak begitu berkeladak dan cair sahaja namun apabila dihirup sahaja sudah lengkap dari segi umaminya. Sos ikan Thai hadir setelah diketahui melalui aromanya. Tidak begitu masin dan tidak begitu tawar, sedan sedan sahaja walaupun ia adalah 'base' kicap.
Mi Segera Serda Celup |
Mi segera siam jenama Serda memang terkenal akan keranggupan tekstur mi. Jika mahu digambarkan ia seumpama mi mamee monster. Bagi penulis ia agak kena dalam menu ini.
Lauk Dalam Mi Celup |
Kehadiran lauk tidak mengecewakan walaupun tidaklah selambak. Daging rebus pertama sekali kelihatan diselangi pula dengan satu hirisan bebola daging atau bakso. Tidak dilupakan sumber protein daging putih isi ayam yang telah dicarik sebagai sumber lauk dalam semangkuk mi celup ini.
Sayuran Dalam Mi Celup |
Sayur dan kondimen sampingan dicelur tidak sehingga layu menghasilkan keranggupan dalam menikmati hidangan mi celup Selero Klate Kafe ini. Sesekali kehadiran tauge sentiasa dilupakan walaupun ia adalah pemangkin keranggup yang hadir dalam mi celup ini. Ditambah pula makanan istimewa kepada mikrobiom dalam usus seperti sayuran hijau.
Dari segi kepedasan, tidak perlu ditambah 'chili flakes' yang ada di atas meja, memang ada pedasnya. Nak lebihkan rasa masam pedas tambah sahaja cili jeruk walaupun sudah diperah limau kasturi.
Rating : 4.5/5.0
Harga Mi Celup Selero Klate Kafe
Harga mi celup di kedai ini sangat berpatutan bagi penulis. Untuk semnagkuk mi celup kedai ini meletakkan harga RM7, dengan rasa dan prosi yang sememangnya mengenyangkan harganya agak berpatutan.
Jika dimurahkan rezeki dengan pemiliknya yang tidak begitu berkira, penulis hanya dibenarkan untuk membuat bayaran RM5 untuk semangkuk mi celup.
Informasi Pelanggan
Lokasi Restoran
Terletak di deretan rumah kedai di Berjaya Park Shah Alam, berdekatan dengan Pasaraya Segi dan Speedmart, dihujung bangunan.Google Maps dan Waze boleh membantu.
Selero Klate Kafe,
Trade Point,
23,Jln Sg Rasau F 32/F Berjaya Park,
Seksyen 32, 40460
Shah Alam, Selangor
Harga Makanan
Mi Celup : RM7
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 10 malam.
Sabtu dan Ahad bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.
Kemudahan/Fasiliti
Tandas Awam
Cara Bayaran
Tunai
QR Duitnow
Paywave
Penghantaran Makanan
Foodpanda
Grabfood
Shopeefood/Bekal
Misi Rakyat
Hubungi
011-26901943
0 Ulasan