Telur merupakan salah satu sumber protein yang baik dalam makanan atau masakan. Telur juga boleh dimasak secara solo atau sekadar merebusnya.
Cara Rebus Telur Dengan Masa yang Betul |
Pernahkah anda sarapan pagi dengan telur separuh masak, berapakah suhu dan masa yang diperlukan untuk mendapatkan telur dengan keadaan sebegitu.
Pilihan Lembut Kuning Telur atau Lembut Putih Telur
Terdapat juga menu telur dengan pelbagai nama, telur goyang dan telur gedik. Jika terlebih suhu dan masa agak sukar untuk mendapatkan telur yang mampu bergoyang apabila diacukan dengan daya tolakan sehingga ia bergerak-gerak dalam versi yang gedik.
Kali ini penulis akan kongsikan tips mendapatkan keadaan telur yang menepati citarasa dan kondisi telur yang diinginkan antara;
Telur rebus yang pejal dan keras, atau telur yang boleh bergoyang.
Masa Diperlukan Untuk Rebus Telur
6 minit:
Kuning telur yang cair dengan putih telur yang lembut. Sesuai untuk hidangan telur separuh masak yang dihidangkan dalam cawan. Campurkan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam. Padu.
6 1/2 minit:
Kuning telur tidak berapa cair dan sedikit berketul-ketul seperti jem. Biasanya untuk kondisi telur rebus sebegini sesuai untuk diletakkan bersama salad dan roti bakar. Mungkin roti titab dengan kaya pun sesuai.
8 minit:
Kuning telur sudah tidak begitu meleleh dan boleh dikategorikan sebagai sederhana cair. Sudah boleh dipegang dengan tangan tanpa risau ia akan meleleh jatuh. Agak sesuai untuk diletakkan di dalam sandwich atau benjo.
10 minit:
Dengan durasi masa ini ia adalah permulaan kepada telur rebus biasa (hard boiled egg) namun ia masih lembut ditengahnya. Jika dipicit dengan cari masih ada 'moist'.
12 minit:
Maka telah boleh dinamakan telur rebus anda sebagai 'hard boiled egg' tapi dalam fasa medium. Kuning telur masih belum betul-betul membentuk pepejal 100%.
14 minit:
Jika anda ingin menikmati telur rebus dengan taburan garam (atau msg) inilah masa yang diperlukan untuk telur betul betul lengkap. Kuning telur mula rasa berdebu dan bukanlah terlalu kering. Mungkin apabila sudah melepasi durasi masa ini, kulit telur mula merekah dan telur rebus anda sudah ke fasa betul-betul 'overcooked'.
Berapa Lamakah Telur Rebus Bertahan ?
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah telur rebus boleh tahan lama memandangkan ketika zaman kecil penulis dahulu, bunga telur adalah idaman para kanak-kanak kalau ibu bapa pergi ke kenduri kahwin. Kini hanyalah gula-gula, jadi tahan lamakah telur rebus ?
1. Telur rebus keras (Hard boiled egg) - sehingga 1 minggu
2. Telur rebus lembut (kuning masih meleleh) - sehingga 3 hari
Sesuaikan Telur Rebus Dengan Hidangan Makanan
Sudah tahu jenis kondisi telur rebus anda inginkan ? Rujuk durasi tempoh masa di atas untuk mendapatkan telur rebus sesuai dengan hidangan anda. Seperti roti canai, roti titab,salad, benjo atau makan begitu sahaja selain dari sarapan telur separuh masak.
3 Ulasan
mama suka makan telur rebus yg kuning dia tak terlalu keras.. sedap. 12 minit tu kot
BalasPadamkalau nak ratah saja saja sambil tengok tv...jenis terlur rebus tiga layer tu sedap..cair sedikit di tengah..tepi kuning start berdebu...telur putih kenyal
PadamSarapan saya wajib menggunakan telur separuh masak
BalasPadam