Sudah alang-alang menetap di sekitar Rimbayu Telok Panglima Garang, terasa gatal di kaki untuk mencari restoran alternatif lain jika tekak mula terasa ingin merasa makan ala barat atau western food.
Western Food Makan Heritage Rimbayu Banting |
Mana tahu boleh dapatkan alternatif untuk merasa chicken chop, lamb grill atau burger yang dipanggang di atas pemanggang yang panas.
Penulis berjaya menemui satu restoran western food di Rimbayu dalam pencarian makanan selain makanan lokal.
Makan Heritage Cawangan Rimbayu Banting
Restoran ini adalah sebenarnya cawangan dari banyak cawangan. Restoran ini adalah Makan Heritage Rimbayu.
Interior View Makan Heritage |
Namanya sahaja sudah agak tinggi bunyianya apalagi perkataan 'heritage' yang bermaksud khazanah.
Apakah makanan di sini juga berkhazanah ?
Corner Lot yang Lebih Selesa
Restoran ini terletak di penjuru sebuah deretan rumah kedai. Jarang kedai selain kedai mamak berjaya mendapatkan 'corner lot'.
Suasana Luar Makan Heritage |
Ini memberikan satu ruang makan yang cukup luas untuk 'dine in'. Pengunjung boleh memilih makan di bawah bumbung bangunan atau dengan langit yang terbuka.
Suasananya agak biasa tiada yang terlalu menonjol. Cuma kehadiran pemain 'busking' menaikkan bunyi-bunyian yang ada.
Menu Pilihan Di Heritage Rimbayu Banting
Kali ini penulis berpeluang mencuba dua menu yang ada di sini. Antara menunya adalah;
Beef Burger Makan Heritage
Dalam buku menunya tertulis 'recommended by chef' maka walaupun namanya tidak hebat mana penulis mula membuat pesanan untuk menu ini.
Beef Burger Makan Heritage Rimbayu |
Menu ini adalah dalam bentuk 'set', burger dan kehadiran beberapa bahan makanan lain sepeti fries dan sos mayo.
Portion burgernya agak medium dan masih boleh dibuka mulut untuk mendapatkan kehadiran roti, patty dan lain lain bahan dalam burger.
Harga : RM 19.90
Chicken Chop Lemak Berkrim
Di restoran western food Malaysia agak janggal kalau tiada chicken chop. Di restoran Makan Heritage chicken chop yang diambil dari bahagian paha ini digoreng sehingga mengeluarkan warna jingga keperangan.
Chicken Chop Berkrim Makan Heritage Rimbayu |
Lemak berkrim dalam nama menu ini adalah manifestasi kepada lelehan krim pada ayam yang telah digoreng ini.
Tambahan pula coleslaw dengan kubis bewarna ungu digaul mesra dengan mayo. Keunikan pada menu chicken chop ini adalah kuahnya, sos atau kuah bewarna putih menjadi pilihan untuk menu chicken chop ini.
Harga RM 23.90
Teh Ais Cincau
Makan makanan yang agak 'greas' atau berminyak pasti memerlukan satu media yang mampu menolak segala saki baki makanan terus ke esofagus sebelum ke perut.
Teh Ais Cincau Makan Heritage Rimbayu |
Dalam isu permasalahan ini penulis memberikan peluang kepada teh ais cincau di Makan Heritage Rimbayu untuk menjalankan tugasnya.
Tidaklah begitu spesial atau unik sekadar teh ais dengan taburan cincau di atasnya.
Harga : RM 3.60
Harga Makanan dan Minuman
Bagi tiga jenis makanan ini penulis berjaya membelanjakan RM 47.40. Sejujurnya ia bukanlah harga 'rahmah' yang boleh dibelanjakan untuk setiap hari.Untuk sebulan sekali mungkin agak relevan.
Untuk menu dan harga hidangan lain boleh rujuk Makan Heritage Media Sosial.
Cara Pesan Makan dan Pembayaran
Di Makan Heritage pihak mereka menggunakan sistem pesanan kod QR yang diletakan pada meja yang tersedia. Selepas membuat imbasan kod anda akan terus ke aplikasi untuk pesanan termasuk menu dan harga tersebut.
Cara Pesan Makanan Di Makan Heritage Rimbayu |
Pengunjung boleh terus membuat bayaran atau bayar secara tunai.
Jika berlaku masalah dan kerungsingan menggunakan aplikasi QR tersebut, boleh sahaja angkat tangan dan buat pesanan manual.
Informasi Pengunjung
Lokasi Restoran
Terletak di deretan kedai makan sinaria Rimbayu maka carian melalui waze dan google maps bukanlah satu kesukaran. Lampu isyarat simpang empat Klang-Banting menjadi landmark carian.
Makan Heritage Rimbayu
1, Jalan Flora 1/4,
Bandar Rimbayu,
42500 Telok Panglima Garang,
Selangorr
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari dari jam 11 a.m sehingga 11.30 p.m.
Fasiliti/Kemudahan
Tandas Awam
Kerusi baby
Cara Bayaran
Tunai
Aplikasi Kedai
Debit kad (pin atau paywave)
Bank transfer
4 Ulasan
walaupun menu western tapi harga sangat berpatutam...berbaloi juga tu
BalasPadamJika ada event atau keraian bolehlah cuba untuk nikmati suasana dan makanan di sini sebagai kenangan.
Padamnampak potion dia besar.. boleh try ni
BalasPadamdari segi portion mampu memerikan kekenyangan sehingga pagi esok jika dinner hehe
Padam