Setiap kali penulis berkunjung ke GM Klang iaitu sebuah gedung membeli belah secara pukal yang agak popular di Selangor jarang sekali jika penulis tidak memulakan sarapan di sebuah kedai makan ini.
Masakan Kelantan Di Senyum Sokmo Klang |
Masakan Pantai Timur Di Bandar Botanik
Restoran ini menyediakan hidangan masakan pantai timur khasnya dari Kelantan. Jika inginkan sarapan pagi dengan nasi putih dengan lauk ayam gulai dan sambal belacan yang juga dikenali sebagai nasi berlauk ada di kedai makan ini.
Bahagian Hadapan Restoran Senyum Sokmo |
Apatah lagi antara menu yang agak istimewanya adalah nasi kerabu berlauk, jelas menu masakan Kelantan menjadi pilihan utama restoran ini.
Senyum Sokmo adalah nama kepada restoran ini, namanya juga agak unik dan pastinya penggemar masakan Kelantan akan tersenyum sokmo untuk medapatkan hidangan masakan Kelantan di sini.
Bagi yang ingin boikot makanan pantai timur, kerugian pada citarasa mereka sendiri.
Suasana Restoran Senyum Sokmo Klang
Restoran ini tidaklah begitu luas dan besar, sekadar satu lot rumah kedai di deretan bertentang parkir GM Klang yang paling jauh.
Pelanggan boleh menikmati hidangan mereka di bahagian dalam restoran atau di luar sahaja jika inginkan permandangan lebih luas.
Suasana Dalam Senyum Sokmo |
Keadaan dalaman agak redup namun masih cerah dan masih boleh nampak antara nasi dan lauk pada pinggan di meja. Pelanggan yang memilih untuk makan di dalam mungkin lari dari silau dan mendapatkan hembusan kipas yang ada.
Jenis Masakan dan Makanan yang Ada
Antara lauk yang disediakan di sini adalah seperti masakan berasaskan gulai seperti;
Aneka Gulai dan Lauk Senyum Sokmo. |
1. Gulai Ayam
2. Gulai Ikan
3. Gulai Daging
dan beberapa jenis gulai lain yang menjadikan pelanggan boleh memilih untuk hidangan nasi berlauk.
Aneka Lauk Goreng dan Berkuah |
Selain dari gulai, terdapat juga masakan berkuah lain yang sesuai di makan bersama nasi putih. Satu hidangan selain gulai yang penulis boleh berikan cadangan adalah ikan kembung goreng pedas atau masak merah, terus mengembalikan detik dan saat ketika di kampung halaman.
Lauk dalam variasi gorengan juga disediakan seperti ikan goreng, ayam goreng dan daging goreng.
Sayur dan Sambal Belacan. |
Apa lagi dengan adanya menu nasi kerabu dengan pelbagai pilihan lauk yang turut disertakan dengan keropok keping goreng. Nampak kehadiran 'signature' nasi kerabu dari Kelantan padanya.
Rasa Makanan Di Restoran Senyum Sokmo
Walaupun agak acap kali penulis datang menikmati 'brunch' (breakfast dan lunch) di restoran ini, penulis hanya mencuba beberapa makanan sahaja.
Namun, dari segi rasa boleh dikatakan sedaplah dan ada rasa masakan Kelantan berbanding makanan tempatan yang agak sukar diterima lidah.
Nasi Putih Ikan Masak Merah |
Terubat sedikit kerinduan akan tumisan dan rasa rempah dari masakan pantai timur.
Selain dari pilihan masakan dan lauk nasi campur yang agak banyak untuk di buat pilihan, minumannya juga banyak yang tersenarai pada menu.
Teh Ais Buih Senyum Sokmo |
Lihat sahajalah tempat bancuhan air pada restoran ini, sudah seperti sebuah 'bar' minuman apalagi dengan hiasan tin susu dan beberapa jenis minuman lain.
malahan sachet 3 dalam 1 pun disediakan.
Harga Makanan Di Restoran Senyum Sokmo
Dari segi harganya pula, secara purata apabila makan dalam bilangan dua orang ia akan berada pada julat RM20-RM30 untuk sekali makan.
Pada pandangan penulis, harga sebegini bukanlah suatu harga yang dikategorikan dalam 'menu rahmah' mungkin boleh dikategorikan kepada pra-kawasan Oil and Gas harga makanannya.
Tetapi masih berbaloi harga dan rasa apabila rindu akan masakan dari Kelantan dalam versi nasi berlauk dan nasi kerabu.
Layanan Dari Staf Restoran
layanan dari staf juga terbaik, walaupun kebanyakan adalah orang tempatan dan bukan dari Kelantan, walaupun begitu apabila diminta 'teh beng' mereka masih faham.
Suasana Kedai dan Pelanggan |
Sebarang permintaan dan pertanyaan masih dijawab dan dilayan dengan baik, meskipun anda ingin bungkus makanan atau minuman yang gagal dihabiskan.
Informasi Pengunjung
Lokasi Restoran
Terletak di sebuah rumah kedai yang menghadap parkir GM Klang yang paling jauh. Google Maps dan aplikasi Waze masih boleh memberikan jawapan tepat kepada anda.
Restoran Senyum Sokmo,
KS 07, NO. 3, Jln Kasuarina 4,
Bandar Botanik,
41200 Klang,
Selangor
Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 8 a.m sehingga 4 p.m.
Fasiliti/Kemudahan
Tandas Awam
Kerusi baby
Cara Bayaran
Tunai
DuitNow QR Kod
Debit kad (pin atau paywave)
Bank transfer
0 Ulasan