Ad Code

Nasi Campur 'Motor Vintage' Di Restoran Selera Santai Ummi Klang

Sebuah kedai makan yang boleh dikategorikan sebagai restoran yang menyediakan hidangan siang hari.

Nasi Campur Motor Vintage Selera Santai Ummi
Nasi Campur Motor Vintage Selera Santai Ummi


Terletak di pinggir bandar Klang Selangor yang agak strategik bagi pengunjung yang ingin mencari kedai makan sarapan pagi dan makan tengah hari. Lokasinya tidaklah begitu jauh dengan bandar Klang namun masih dalam lingkungan kesibukan bandar Klang.


Betul-betul terletak di persimpangan penjuru Jalan Rantau Panjang dan Jalan Haji Musran Rantau Panjang Klang. Memudahkan pengunjung untuk sampai di sini.

Selebriti Lagenda Pernah Makan Di Sini

Terpampang foto pada dinding beberapa selebriti seperti Dato' Nash (Lefthanded) bergambar dengan pemilik restoran dan satu lagi wajah yang tidak begitu asing wajahnya iaitu Heman Tino turut menghiasi dinding restoran ini. Terdapat plak 'Jalan Jalan Cari Makan' yang turut kelihatan menandakan pernah di datangi rancangan JJCM tersebut.

Keunikan yang boleh dikatakan agak menonjolkan dan boleh dijadikan bualan apabila terlupa nama kedai ini adalah kelibat satu jentera 'veteran' atau motor 'vintage' yang bertenggek dengan girang di atas papan nama kedai makan ini.

Honda Cub, Cafe Racer dan Motor Vintage Dalam Restoran

Bagi menyakinkan anda bahawa pemilik kedai bukan sahaja sekadar menjadikan motosikal Honda Cub dengan tertera perkataan 'classic' pada jentera vintaj bewarna merah lusuh seluar jeans vintaj ini.

Selera Santai Ummi Motor Signboard
Selera Santai Ummi Motor Signboard


Terdapat tiga buah lagi jentera vintaj klasik pada ruangan tempat makan dalamnya, diyakini Yamaha YA-1, seakan Suzuki GT250 (Cafe Racer) dan sebuah Modenas Jaguh. Maafkan jika penulis tersalah info mengenai jenis motosikal, penulis bukannya mat rempit sejati, tapi adalah sebuah Suzuki Belang R150 zaman Mat Kilau dirumah.

Display Motosikal Vintaj
Display Motosikal Vintaj


Semua kriteria dan personaliti yang penulis gambarkan di atas tidak lain dan tidak bukan adalah sebuah kedai makan nasi campur yang agak popular di sekitar bandar Klang Selangor 

iaitu Selera Santai Ummi Rantau Panjang Klang.

Jenis Hidangan Makanan yang Ada

Restoran ini lebih popular dengan nasi campur, jika dalam kamus penulis, penulis istilahkan sebagai 'nasi custome', kita boleh membuat pilihan lauk atau hidangan sampingan sendiri setelah diberikan nasi putih.

Nasi Campur

Pelbagai jenis lauk pauk yang boleh dinikmati disini. Jika anda jenis yang tidak berkira dengan selera maka ia agak menjadi pemasalhan kerana semuanya ingin di cuba.

Ayam Goreng Sambal Udang
Ayam Goreng Sambal Udang


Apalagi apabila majoriti masakan dan resepi lauk pauk serta sayur dan kuah yang ada adalah bertemakan masakan dari Kelantan, cukup agak sinonim dengan nama Rantau Panjang. Dari lauk versi goreng, gulai, berkuah dan sup semuanya ada.

Ayam Percik dan Sayur
Ayam Percik dan Sayur


Tidak hairanlah jika yang datang ke restoran ini adalah dari kalangan mereka yang merupakan pelanggan tetap (regular customer) di restoran ini. 

Ikan Celup Tepung dan Menu Ikan Lain
Ikan Celup Tepung dan Menu Ikan Lain


Ketika penulis sendiri berada disini, dari mula-mula penulis mula menikmati makanan sehinggalah ingin pulang, pelanggan yang datang tidak pernah putus.

Pelbagai Lauk Ikan
Pelbagai Lauk Ikan


Menu Sarapan Pagi

Restoran dengan tema masakan Kelantan ini tidak lengkap jika diwaktu pagi tiada nasi kerabu dan apabila terletak dipersekitaran Klang pastinya lontong menjadi pilihan sarapan pagi. Usah risau usah khuatir makanan sebegini ada disediakan.

Sarapan pagi juga disediakan bagi pengunjung yang datang awal. Makanan pagi seperti roti canai, gorengan bihun atau mi serta kuih muih boleh didapati.

Suasana Luaran dan Dalaman Kedai

Impresi pertama selepas membuka pintu kenderaan, penulis mendapati bahawa kedainya cukup redup dengan dikelilingi oleh pohon dan pokok yang menjadi teduhan. 

Pandangan Hadapan Selera Santai Ummi
Pandangan Hadapan Selera Santai Ummi


Paling ketara adalah teduhan dari pohonan buluh hiasan kecil yang mejadi teduhan untuk parkir dan turut ditanam bersebelahan sisi kedai yang menjadikan suasasan luaran yang agak tenang dan frasa 'nok ko suasano' itu tepat.

Bahagian hadapan pula terdapat beberapa pohon renek dan pokok mempelam yang sedang berputik lagi memberikan teduhan dikala matahari sedang merembang.

Suasana Dalaman Restoran
Suasana Dalaman Restoran


Dalamnya agak redup, namun tidaklah begitu gelap, terdapat satu ruang dengan lohongan tanpa atas memberikan pengcahayaan semulajadi. Dengan satu landskap sarang burung dan kolam ikan yang masih belum berpenghuni, mungkin burung dan ikan belum 'approved' pinjaman mereka.

Harga Makanan Masakan Campur

Dari segi harga cukup berpatutan. Melihatkan kepada menu dan harga yang dipaparkan untuk satu lauk atau hidangan tidak melebihi RM10.00. Masih sekitar RM4.00 dan RM6.00 secara purata.

Senarai Harga Makanan
Senarai Harga Makanan


Dibandingkan dengan rasa yang sememanngnya berasal dari menu Kelantan harga sebegini masih murah. Hal ini dibuktikan dengan kehadiran 'regular customer' yang tidak putus-putus datang untuk makan disitu atau bawa pulang.

Sebagai contoh; Nasi putih (RM2), Ikan Cencaru Sumbat (RM7) dan Telur Masin (RM2) harga keseluruhan hanya RM11 sahaja. Bagi penulis ia masih dalam julat harga nasi campur harga yang masih standard.

Makan Di Selera Santai Ummi Klang
Makan Di Selera Santai Ummi Klang


Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Terletak di penjuru persimpangan antara Jalan Rantau Panjang dan Jalan Haji Musran. Jika kelihatan deretan rimbunan pohon buluh dengan daun hijau kekuningan nescaya inilah kedainya. Apalagi sebuah motosikal Honda Cub megah diparkir di atas papan nama restoran. 

Jika ada data internet boleh gunakan Google Maps jika boikot Waze yang juga ada infonya.

Restoran Santai Selera Ummi,

Lot 1090, 

Lorong Haji Musran, 

Kampung Rantau Panjang, 

42100 Klang, 

Selangor



Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dari jam 7 pagi sehingga 4.30 petang.


Bersama Owner Selera Santai Ummi
Bersama Owner Selera Santai Ummi

Kemudahan/Fasiliti

Kerusi Kanak-Kanak

Tandas Awam

Wifi

Air Percuma dan Signboard Tandas
Air Percuma dan Signboard Tandas


Cara Bayaran

Tunai

Debit kad (pin atau paywave)

QR Duitnow

Touch n Go Ewallet

Bank transfer 

Catat Ulasan

0 Ulasan