Ad Code

Makan Malam Western Food Di Leezo Rimbayu Banting Selangor

Rimbayu sebuah bandar baharu yang mula menjadi sebuah bandar penempatan. Walaupun ia adalah kawasan kediaman kapitalis, kawasan sekitar mula menikmati tempias infrastrukturnya.


Leezo Rimbayu Western Food Restaurant
Leezo Rimbayu Western Food Restaurant

Maka wujudlah pelbagai jenis restoran bagi memenuhi keperluan mereka yang gagal untuk masak sendiri di rumah atau memang mencari makanan yang lain dari kebiasaan.


Menjamah Western Food Di Telok Panglima Garang Banting


Western food bukanlah menu harian kebanyakan kita yang memiliki warna kulit sawa matang di kepanasan khatulistiwa. Apatah lagi penduduk sekitar Telok Panglima Garang Banting yang majoritinya adalah bumiputera.


Namun, terdapat satu restoran dengan tema makanan panggang, ringkas, burger dan air yang berkrim ada di deretan rumah kedai di Tropicana Rimbayu Banting.


Ia adalah Leezo Restaurant Rimbayu


Suasana Restoran


Tipikal sebuah kedai makan dengan hidangan western food memiliki suasana romantik redup dengan hiasan lampu yang agak hipster.


Bahagian siling pastinya dilengkapi dengan lampu dan kipas yang boleh memberikan keselesaan kepada pengunjung.


Dinding pula tidak dikosongkan kerana ia dihiasi dengan beberapa hiasan dinding seperti kata-kata atau gambar yang dipakukan pada dinding yang bercat warna gelap.


Pengunjung boleh memilih untuk makan di luar atau di dalam premis. 


Menu Pilihan Di Leezo Rimbayu Banting


Hidangan Burger dan Fries


Burger and Fries
Burger and Fries

Antara menu makanan yang penulis cuba disini adalah menu yang boleh dikatakan separa kenyang iaitu burger. Burger ini datang dalam keadaan set iaitu lengkap dengan menu sampingan bukan sekadar burger.


Walaupun 'set' tetapi hanya dua jenis bahan sahaja yang dihidangkan di atas pinggan hitam iaitu burger dan fries.


Dari segi portion, sekadar untuk mengalas perut dan untuk memenuhi 'crave' untuk burger.


Nasi Goreng Chicken Chop


Bagi memberikan kekenyangan untuk makan malam pastinya sebagai seorang yang tinggal di Asia Tenggara memerlukan karbohidrat berupa nasi.


Nasi Goreng Chicken Chop Leezo
Nasi Goreng Chicken Chop Leezo

Walaupun restoran ini adalah tema western, gabungan lokal perlu ada. Maka berjaya di letakkan dalam menu nasi goreng dengan ayam yang dipanggang dengan perapan.


Dalam sepinggan set ini, penulis berjaya menemui sekeping fillet ayam chicken chop yang digoreng ranggup dengan warna jingga keperangan.


Semangkuk nasi dengan beberapa helai daun salad mengelilingi fillet ayam goreng chicken chop tersebut.


Jangan pula lupa akan kewujudan sos lada hitam yang boleh dijadikan kuah


Nasi Goreng Lamb Grill


Tidak banyak beza apa yang ada pada menu nasi goreng western mereka. Nasi goreng masih sama dengan beberapa helai daun salad.


Nasi Goreng Lamb Chop Leezo
Nasi Goreng Lamb Chop Leezo

Sekeping daging kambing yang dipanggang dengan warna yang agak pudar menampakkan kurang serapan perapan padanya. Mungkin akan ada rasanya bila dicecah dengan sos lada hitam


Minuman Frappe Leezo


Leezo Frappe Drinks
Leezo Frappe Drinks

Sejujurnya boleh dikatakan 'killer' untuk menu yang ada di restoran western ini adalah menu miniman Frappe nya.


Memandangkan menu makanan yang dilihat pastinya banyak sudah ada di mana-mana restoran western food yang pernah penulis cuba.


Chocolate Drinks
Chocolate Drinks

Frappe ini mungkin boleh dikatakan trademark kepada Leezo Restaurant.


Datang dalam pelbagai jenis dan perisa dengan pilihan rasa dan warna luaran yang berlainan. Mungkin ia menjadi satu hidangan 'boleh cuba'.


Harga Menu Makanan Western


Dari segi harga ia bukanlah harga yang boleh dianggap harga marhaen walaupun anda M40 dan ke atas. Jika anda makan dan membayar dengan harga ini untuk setiap hari pasti anda gagal untuk membuat simpanan.


Menu dan Harga Western Leezo
Menu dan Harga Western Leezo


Untuk sambutan kelahiran, keraian atau makan besar beramai ramai atau 'function' tertentu harganya masih boleh dikatakan agak berpatuta.


Informasi Pengunjung


Lokasi Restoran


Terletak di deretan kedai makan sinaria Rimbayu maka carian melalui waze dan google maps bukanlah satu kesukaran. Lampu isyarat simpang empat Klang-Banting menjadi landmark carian.


Leezo Restaurant Rimbayu

50-G, Jalan Aman Sinaria 4, 

Bandar Tropicana Aman, 

42500 Telok Panglima Garang, 

Selangor


Waktu Operasi


Dibuka setiap hari kecuali isnin dari jam 4 p.m sehingga 10.30 p.m.


Cara Bayaran


Tunai

Debit kad (pin atau paywave)

Bank transfer


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Padahal awalnya saya dah tertarik dengan nasi goreng kambing di atas. Tapi sayang juga kalo dagingnya tak terlalu masuk bumbu perapannya yaa . Pdhl terlihat enak.

    Tapi minuman frappe nya memang kliatan segar. Toppingnya banyak sangat 👍. Bagi pecinta coklat pasti puas meminum ini saya rasa 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. makanan western sebegini kalau di Malaysia sesuai apabila dapat bonus, atau gajian lebih baharu boleh nikmatinya.

      Sambutan birthday atau anniversarry sebagai hadiah pada diri dan teman

      Padam
  2. nampak sedap frappe leezo tu boleh la kalau ke TPG boleh singgah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di TPG Leezo ni antara pilihan pengunjung yang nak cuba western food..dengan suasana dan pilihan makanan yang banyak

      Padam