Ad Code

Nasi Goreng Daging Gerai Medan Selera MBSA 23C Shah Alam Selangor

Nasi goreng adalah makanan yang agak popular dipesan apabila kita baharu saja berkunjung ke satu satu kedai makan baharu.


Nasi Goreng Daging Food Court Mbsa 23C Shah Alam
Nasi Goreng Daging Food Court Mbsa 23C Shah Alam


Sebab ia mudah untuk dipesan dan tidak memerlukan pemikiran yang jauh untuk mendapatkan citarasa.


Apalagi apabila makan untuk waktu jangka masa yang singkat ketika waktu bekerja yang hanya memerlukan satu jam rehat dan makan.


Medan Selera MBSA Harganya Lebih Murah


Medan Seleran MBSA 23C adalah salah satu medan selera yang menjadi pilihan ramai orang ketika waktu makan tengah hari. Ia pastinya kerana dikelilingi oleh premis dan infrstruktur perisdustrian sekitar tambahan pula harga makanan di gerai-gerai MBSA lebih murah berbanding lain.


Tempat Makan Medan Selera MBSA 23C
Tempat Makan Medan Selera MBSA 23C


Nasi Goreng Daging MBSA 23C


Kali ini penulis ingin berkongsi satu menu yang boleh dikatakan agak selalu penulis pesan jika berkunjung makan di Medan Selera MBSA 23C Shah Alam.


Nasi Goreng

Nasi Goreng
Nasi Goreng


Nasi gorengnya tiadalah begitu spesial atau memiliki keunikan yang lain dari yang lain. Masih dalam kategori nasi yang digaul dengan tumisan bawang mungkin dengan sedikit belacan yang dicairkan dengan sos tiram dan sos cili. Semua itu menerbitkan warna koko cerah untuk sepinggan nasi goreng.


Walaupun biasa sahaja akan tetapi lengkap dengan sayuran hijau dan rasanya juga boleh tahan. Tiada sebarang rasa muak ditemui walaupun di makan setiap hari.


Portion nya agak banyak, mungkin mereka yang tangki perutnya kecil boleh dibahagi kepada dua pinggan. Sedan sedan jumlah nasinya kalau untuk penulis yang makan nasi dua kali sehari.


Lauk Daging


Oleh kerana namanya nasi goreng daging, maka kehadiran daging amatlah dialu-alukan. Daging yang digunakan adalah daging import boleh tahu dari segi teksturnya yang tidak liat dan kurang lemak serta urat.


Lauk Daging
Lauk Daging



Dagingnya cukup empuk menggambarkan bahawa ia telah direbus secukupnya. Mungkin ia merupakan daging rebus simpanan untuk menu lain termasuk sup daging. Kunyahan tidak memerlukan kuasa tujahan mulut yang banyak sebelum daging mula hancur.


Portion nya juga berkadaran terus dengan nasi goreng. Dimana kita masih boleh menikmati hirisan daging meskipun nasi berada pada tahap beberapa sudu sebelum habis. Secara mudah 

untuk sepinggan nasi goreng segengam hirisan daging dimasukkan.


Sup Kosong


Kena pula dengan bendalir seperti sup kosong sebegini menambahkan pelincir untuk suapan nasi goreng daging meluncur ke perut.


Sup Kosong
Sup Kosong


Walaupun dalam istilah kosong, supnya bukan sekadar air ajinomoto atau air rendaman garam dengan taburan daun bawang. Supnya adalah rasa sup yang penuh walaupun tiada kelihatan keruhan air rebusan daging.



Informasi Pengunjung


Lokasi Restoran


Di tepi Sungai Klang yang disekelilingnya adalah kilang dan premis perniagaan Seksyen 23 Shah Alam. Google Maps dan Waze mampu membawa anda ke sini.


Gerai 8-5

Medan Selera MBSA 23C

Jalan Bursa 23/4, Kawasan Miel, 

40300 Shah Alam, S

Selangor


Harga Makanan


RM 6.00/pinggan


Waktu Operasi


Dibuka setiap hari dari jam 7 a.m sehingga 4 p.m.


Fasiliti/Kemudahan


Tandas Awam


Cara Bayaran


Tunai

Bank transfer

Touch n Go Ewallet


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Nasi goreng itu fav saya ❤️😄. Kalo dah bingung nak makan apa, pastilah nasi goreng jadi pilihan paling aman 👍😁. Melihat tempat nya, saya jadi ingat pas masih di Penang, ada nasi goreng favorit yg sering saya makan di komtar. Tempatnya tak jauh beda dengan foto di atas.

    Lain kali kalo saya ke KL, boleh lah tempat di Shah alam ini saya visit, nak coba nasi goreng dagingnya 🤤❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasi goreng menu paling mudah di Malaysia..campur sahaja semuanya..pasti jadi hehe
      Bolehlah datang shah alam cuba

      Padam
  2. antara menu yang senang nak buat...kalau dekat kedai ada rasanya yang lebih enak

    BalasPadam
    Balasan
    1. di kedai pastinya msg dan garam memanggil manggil pelanggan untukt terus datang lagi

      Padam