Ad Code

Set Asam Pedas Dalam Dulang Berbunga Di Chor RZ Restoran & Katering Jalan Kebun Selangor

Terdapat keunikan pada kedai makan ini, walaupun menunya agak mudah ditemui, namun dari segi tema dan penyediaan kepada pelanggan agak lain dari kedai lain.

Set Asam Pedas Chor RZ Jalan Kebun
Set Asam Pedas Chor RZ Jalan Kebun


Walaupun dari kasarnya ia lebih kepada satu kedai makan ala nasi campur yang biasa dengan beberapa menu masakan panas namun kelainan yang ditonjolkan merubah sedikit tipikal nasi campur siang hari.


Makan Hidang Dalam Dulang

Dengan tema ala kampung dari segi presentasi makanan dan hidangan untuk pelanggan. Apalagi set makanan yang akan diletakkan di dalam dulang yang biasa kita lihat di kampung dulu - dulu. 

Dulang bersaiz agak besar dengan corak dan motif bungaan serta pakej dulang yang mampu memberikan kesan karat jika tidak dijaga selain dari sebagai 'alarm' kepada yang tidur jika ia jatuh ke lantai.

Dekorasi Hidangan Kampung Kain Batik, Dulang Berbunga

Hiasan Dalam Kedai
Hiasan Dalam Kedai


Tidak setakat itu, pinggan dan mangkuknya juga lebih menjurus ke arah pinggan mangkuk berbunga yang pastinya bila anda pernah hidup sebagai orang kampung seperti penulis akan terus terimbau kenangan lama sambil lagu seakan radio klasik fm mula terngiang di telinga.

Suasana dan Dekorasi Restoran

Dekorasi restorannya tidaklah begitu menonjol suasana kampung kemelayuan, namun masih ada dulang-dulang yang dipakukan di dinding konkrit kedainya. Alas meja dengan kain batik menampakkan bahawa pemilik restoran cukup memahami tema yang ingin disampaikan kepada pelanggan.

Namun, dari segi penggunaan bunyian hiburan berupa lagu yang berkumandang, (ketika penulis disini) bukanlah lagu dengan bunyian kemelayuan yang agak tipikal apabila dihiasi dengan kain batik dan dulang bercorak motif bunga.

Mencuba Menu Makanan Di Chor RZ Restoran dan Katering

Chor RZ Jalan Kebun
Chor RZ Jalan Kebun


Dari segi menu pula bagi penulis tidaklah begitu unik kerana boleh sahaja didapati di mana-mana. Antara menunya adalah gulai tempoyak, asam pedas dan masak gulai itu antara menu yang akan dihidangkan bersama dulang yang bercorak bunga tersebut.

Kali ini penulis mencuba set dulang asam pedas yang didalamnya disediakan beberapa kondimen hidangan seperti;

Set Asam Pedas
Set Asam Pedas


1. Nasi Putih

2. Asam Pedas Ikan Siakap

3. Ayam Goreng

4. Kerabu Tauge

5. Ulaman

6. Sambal Belacan

7. Satu jag Air Sirap

Rekomendasi untuk hidangan ini adalah untuk 3 hingga 4 orang makan. Namun, secara praktikalnya penulis mendapati untuk sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki berusia dua tahun sudah boleh menghabiskan hidangan ini. 

Penulis boleh beranggapan akan ada yang akan membuat penambahan nasi putih walaupun ia datang dalam mangkuk yang besar.

Ulasan Penulis

Makanannya cukup sedap, asam pedas ikan siakap yang masih menggelegak dihidangkan kepada penulis dan keluarga.

Kepala Ikan Siakap Asam Pedas
Kepala Ikan Siakap Asam Pedas


Namun, mungkin ada sedikit kesilapan apabila yang sampai kepada penulis ikan siakap yang agak mentah, mungkin jika penulis penggemar sashimi ia tiada masalah, namun masalah diselesaikan dengan pantas oleh pihak pemilik sendiri.

Tiada hanyir itu yang penting bagi ikan dalam kategori berenang di lumpur muara. Dengan isi putih dan masih pejal tanda ikan agak segar dan terbaik untuk di makan.

Dari segi kuah asam pedasnya, tidaklah begitu pedas namun pedasnya masih ada. Apalagi kehadiran aroma daun kesom tanda resepi asam pedas bukan sekadar nama. Kelihatan juga bunga kantan dalam kuahnya yang bewarna kemerahan dan sedikit gelap tanda pecah minyaknya.

Asam pedasnya ? Sedap namun tidak begitu unik.

Ayam Goreng Kunyit Garing
Ayam Goreng Kunyit Garing


Cukup boleh tahan rasa asam pedasnya, apalagi dengan ayam goreng ala rumah yang cukup menyelerakan. Ayam goreng yang selalu ditemui di rumah. Gaulan kunyit dan garam serta digoreng dengan api panas sehingga menerbitkan kegaringan dan warna yang biasa dilihat.

Dalam set menu ini, ayam goreng adalah kawan lawak kepada watak hero dalam filem dan cerita melayu. Adanya ayam goreng ini, melengkapi watak utama asam pedas apabila perlu.

Sedikit keranggupan dalam suapan hadir dengan bantuan kerabu tauge yang menjadi menu sampingan.

Kerabu Tauge
Kerabu Tauge


Apalagi dengan ulaman yang disediakan boleh menyebabkan semangkuk nasi putih masih gagal untuk memberikan kepuasan untuk hidangan ini.

Dalam set hidangan ini penulis boleh jelaskan secara keseluruhannya adalah satu set hidangan untuk pelbagai rasa, tekstur dan variasi. Bagi yang mahukan kesatuan sekerja pelbagai jenis tekstur dalam satu hidangan, set sepeti ini boleh dicuba.

Ulam Ulaman
Ulam Ulaman


Dengan bilasan di kerongkong dengan air sirap ais, agak kena dengan hidangan yang dicuba ini dengan air manis. Namun, bagi yang ingin membuat bilasan seterusnya bolehlah dapatkan air suam dan air kosong di 'water dispenser' yang disediakan secara percuma.

Satu Jag Air Sirap
Satu Jag Air Sirap


Dari segi suasana kedai, untuk tema kemelayuan yang ingin disampaikan oleh pemilik restoran agak kurang sampai apabila dilihat secara sekilas pandang, selepas beberapa kali pandang dulang didinding dan alas kain batik pasti akan sampai temanya.

Harga Menu Set Asam Pedas Chor RZ
Harga Menu Set Asam Pedas Chor RZ


Dari segi harga makanan bagi penulis, untuk makanan sebegini dan porsi yang ditawarkan agak tidak berpatutan. Penulis melihat dari sudut hidangan ini dimakan untuk setiap hari, mungkin sebulan sekali ia berpatutan.

Rating : 4.0/5.0

Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Berada di tepi jalan raya, signboardnya mudah dibaca dan kelihatan terdapat kedai servis membasuh kenderaan bersebelahan. Google Maps dan Waze masih memiliki data untuk carian ke restoran Chor RZ Jalan Kebun ini.

Chor RZ (Restoran & Katering),

Bt 7, PT 140583-B 

Jalan Bani Off Jln Kebun Tambahan, 

42450 Shah Alam, 

Selangor

Harga Makanan

Set Dulang Asam Pedas : RM45

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin bermula jam 11 pagi hingga 5 petang.

Kemudahan/Fasiliti

Kerusi Baby

Water Dispenser

Cara Bayaran

Tunai

QR Duitnow

Penghataran Makanan

Ada

Hubungi

0183801081

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Bagus juga buat set macam ini.. Cukup untuk 4 orang makan.. Asam pedas dia pun nampak mengancam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi tangki yang biasa agak cukup dan pulang kekenyangan...asam pedasnya cukup rasanya dan memang dengan resepi tersendiri

      Padam
  2. Sesekali makan berhidang begini memang best kalau bersama keluarga. Rasa santai sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarang ada kedai makan dengan tema makan hidang sekarang..nak menaikkan lagi selera ini salah satunya..lebih banyak tangan lebih selera

      Padam
  3. tengok menu yang terhidang saya pun terkecur air liur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gambar tak boleh print 3D makan..apakata cuba terus hahahahaha

      Padam